SENAMAN REGANGAN
TUJUAN:
- Melegakan dan memanaskan otot dan sendi
- Meningkatkan fleksibiliti sendi, otot dan ligamen
- Mengelakan dari mendapat kekejangan dan kecederaan semasa melakukan senaman
- Merehatkan otot-otot yang tegang hasil dari aktiviti yang dilakukan.
- Melancarkan pengaliran darah
- Meningkatkan tenaga dan ketahanan
CARA-CARA MELAKUKAN SENAMAN
- Senaman regangan dilakukan dengan meregangkan otot badan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu hamil
- Senaman dilakukan mengikut posisi (seperti dalam gambar)
- Tahan selama 10 saat.
- Ulangi langkah yang ditumjukkan sebanyak 10 kali.
Senaman regangan belakang
TUJUAN:
- Mengurang sakit pada bahagian belakang
- Dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang
- Menguatkan otot-otot dan ligamen belakang badan
CARA-CARA:
- Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.
- Gerakkan kedua-dua lutut ke kiri sehingga mencecah ke lantai.
- Tahan posisi selama 10 saat
- Tukar pergerakkan ke kanan.
- Ulangi langkah diatas sebanyak 10 kali
“cat and camel” stretching
CARA-CARA:
- Gerakkan bahagian belakang anda seperti posisi kedua. Tahan selama 8 saat
- Kembalikan belakang anda ke posisi asal (posisi 1).
- Ulang langkah diatas sebanyak 10 kali.
SENAMAN KEKUATAN
TUJUAN:
Menguatkan otot-otot pada bahagian dada dan tangan
TEKNIK:
- Luruskan kedua-dua belah tangan ke hadapan sambil memegang terra band
- Tarik dan buka kedua-dua belah tangan ke sisi badan
TUJUAN :
Menguatkan otot abdomen, otot pinggul dan otot bahagian bawah kaki
CARA-CARA:
- Berdiri dengan kedua-dua lutut dibengkokkan dan dirapatkan .
- Ikatkan tera band pada kedua-dua belah lutut.
- Buka bukaan lutut dan Tahan selama 8 saat
- Ulangi langkah diatas sebanyak 10 kali
TUJUAN :
Menguatkan otot abdomen dan otot pinggul
CARA-CARA
- Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan.
- Angkat pinggul dan belakang
- Tahan selama 8 saat
- Ulangi langkah diatas sebanyak 10 kali
SENAMAN PERGELANGAN KAKI
TUJUAN :
- Mengurangkan bengkak kaki
- Mengelakkan dari kekejangan otot kaki dan urat simpul
CARA-CARA
- Duduk dengan kedua-dua kaki diluruskan.
- Gerakkan kedua-dua kaki ke atas dan ke bawah
- Ulangi langkah di atas sebanyak 10 kali
CARA-CARA
- Duduk dengan kedua-dua kaki diluruskan.
- Pusingkan kedua-dua pergelangan kaki mengikut arah jam.
- Tukar arah pusingan pergelangan kaki melawan arah jam
- Ulangi langkah ke-2 dan ke-3 sebanyak 10 kali
SENAMAN OTOT LANTAI PELVIS (KEGEL)
TUJUAN:
- Untuk menguatkan otot-otot pelvis bagi mengelakkan ‘stress incontinence’ seperti air kencing terkeluar semasa batuk, bersin dan meneran
- Otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran anak
- Mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin
- Mempercepatkan proses penyembuhan tisu-tisu pelvis selepas bersalin
- Mengelakkan rahim jatuh
CARA-CARA:
- Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
- Tahan selama 10 saat.
- Lepaskan ia perlahan – lahan dan rehat sebentar selama 2-3 saat.
- Buat 10 kali setiap kali, 3 kali sehari, tidak kira di mana sahaja.
- Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.
Comments
Post a Comment