SENAMAN SEMASA MENGANDUNG 2
SENAMAN PERNAFASAN
SENAMAN PERNAFASAN
TUJUAN :
- Membantu pengaliran oksigen yang mencukupi kepada ibu dan bayi dalam kandungan
- Membantu mengatasi stress/tekanan dan rasa sakit ketika bersalin
- Mengelakkan ibu kepenatan semasa proses kelahiran
Kebaikan senaman pernafasan :
Antenatal
- Menguatkan otot-otot pernafasan terutama otot diaphragm.
- Meningkatkan bekalan oksigen untuk ibu dan anak
- Mengurangkan stress dan ibu akan sentiasa relax
- Meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan terutama bahagian otak, seterusnya mengelakkan sakit kepala (tanda yang biasa dialami oleh ibu mengandung).
Semasa bersalin
- Meningkatkan bekalan oksigen kepada ibu dan anak.
- Mengurangkan rasa kontraksi perut
- Memudahkan proses bersalin
CARA-CARA MELAKUKAN SENAMAN :
- Duduk bersila dengan kedua belah tangan diluruskan ke hadapan.
- Tarik nafas melalui hidung, tahan 3 saat, hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan
- Ulangi langkah di atas sebanyak 10 kali
Comments
Post a Comment