Skip to main content

Contoh Ulasan Piramid Makanan




Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Contoh Ulasan Piramid Makanan.

4 Aras dalam Piramid Makanan

ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.
ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.


RATUKU FABULOUS


Piramid makanan menjadi panduan pemakanan terbaik untuk kesihatan. Amalan pemakanan yang seringkali dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi, roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain itu, kita disarankan mengambil hidangan sayuran-sayuran dan buah-buahan bagi membantu sistem penghadaman.
Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Bagi mengelakkan gejala obesiti, kita diperingatkan supaya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.
kalori makanan , contoh ulasan piramid makanan, makanan seimbang, makanan berkhasiat piramid makanan, pemakanan seimbang, ulasan pt3, makanan sihat



Comments

Popular posts from this blog

tips membuat air lemon

TIPS MENYEDIAKAN AIR PERAHAN LEMON . Air lemon adalah antara minuman popular untuk org yg berdiet kerana banyak manfaat, antaranya [✔️] berkalori rendah, dpt control kalori berlebihan masuk dlm badan untuk pengurusan berat badan [✔️] rasa lebih enak dan segar berbanding air kosong [✔️] memberi vitamin C untuk kulit yang cantik [✔️] natural flush- mudahkan penyingkiran bahan buangan dari badan . Namun, ramai orang membuat kesilapan dalam penyediaan air perahan lemon.. [❌] memasukkan kulit lemon ke dalam air [❌] menambah gula ke dalam air lemon [❌] menambah terlalu banyak madu ke dalam air lemon . Sekumpulan penyelidik  telah mendapati kulit lemon mengandungi bakteria buruk yang boleh memudaratkan kesihatan. Lebih baik hanya perah air lemon ke dalam air dan buang kulitnya. . Jika anda menambah gula ke dalam air lemon anda, memanglah sedap, tapi ia akan meningkatkan kandungan kalori dalam air lemon anda dan melambatkan penurunan berat badan anda . Seseteng...

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan Penulis   Tuti Ratna Banyak orang menganggap diet rendah karbohidrat adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan dan mencapai tubuh yang ideal. Lebih jauh, mereka beranggapan bahwa protein hanya sumber kalori dan lemak, kata dr. Laura J. Kruskall, direktur ilmu gizi di University of Nevada. Tapi, tahukah Anda protein dapat membakar kalori lebih banyak dibandingkan sayuran dan buah-buahan? Protein tidak sama dengan makanan yang lain. Sumber protein utama seperti ikan, daging, susu, dan kacang-kacangan memang tidak diproses oleh tubuh secepat sumber karbohidrat, sayuran dan buah-buahan. Jika ada beberapa sumber protein yang cepat dicerna oleh tubuh, biasanya makanan yang digoreng dan tidak sehat. Sebuah penelitian di John Hopkins Unervisity menunjukkan hasil yang mencengangkan. 60% kalori yang hilang, 10–15% dari yang direkomendasikan,– berasal dari sumber protein tanpa lemak yang dapat men...

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu!

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu! Ini bukan tipu ya! Resepi ini sangat popular di barat dan ramai yang mengatakan keberkesanannya. Kebanyakkan mereka membuat sup ini apabila masuk musim panas bagi persediaan untuk memakai bikini/baju mandi. Tidak semua orang rajin dan ada banyak masa untuk bersenam. Jadi, mereka 'tipu' badan mereka untuk turun berat badan dengan resepi sup ini. Secara asasnya sup ini adalah sup sayur dan menurut program  Weight Watcher , sup ini terletak pada poin '0' yang bermakna sup ini memiliki kalori yang sangat rendah. Anda siap boleh makan  sandwich  lagi dengan sup ini! Gantikan makanan tengah hari dan makan malam anda dengan sup ini selama seminggu dan perhatikan tubuh anda hilang hampir 4kg~ Tunggu apa lagi? Mari lihat resepi untuk sup ajaib ini. Bahan-bahan: 3 cawan stok daging ATAU stok sayur ATAU stok ayam (pilihan terbaik adalah stok daging) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 sudu besar pes tom...