Skip to main content

5 Kehebatan Lemon Yang Mungkin Anda Tak Percaya. No.3 Tu, Semua Wanita Pasti Suka

5 Kehebatan Lemon Yang Mungkin Anda Tak Percaya. No.3 Tu, Semua Wanita Pasti Suka
khasiat lemon
Lemon semakin popular sejak air detoks diperkenalkan. Resipi menggunakan lemon juga sudah banyak dipelbagaikan. Selain itu juga, lemon sudah banyak digunakan dalam masakan untuk menggantikan limau. Mungkin harganya sedikit mahal, tapi khasiat lemon tidak boleh dipandang enteng. Bagi anda yang sudah mula menggemari buah ini, syabas RATUKU ucapkan. Buat yang masih berbelah bahagi, berikut senarai kebaikan lemon yang harus anda ketahui.

1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting untuk proses diet.

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenaga. Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam, pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari

3. Cantikkan Kulit
Tahukah anda yang lemon ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

4. Sokong Sistem Imun
Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan kita mudah terkena demam selesema.
5. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar, cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi. Air suam dengan lemon ini membantu merangsang saluran penghadaman dan merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.

Nah, RATUKU share resipi best menggunakan lemon. Paling penting, ia SIHAT!

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/ayam%20rapi%20guna%202.jpg

Ayam Panggang Lemon
BAHAN-BAHAN:
  • 7-8 keping dada ayam (tanpa kulit)
  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 9 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh daun thyme kering
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200°selsius.
  2. Kemudian tumis bawang putih dalam minyak zaitun (jangan sehingga terlalu garing).
  3. Kemudian masukkan parutan kulit lemon, serbuk oregano, daun thyme, jus lemon, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  4. Ambil dada ayam dan lumurkan dengan minyak zaitun dan bawang putih tumis tadi.
  5. Kemudian susunkan dada ayam di dalam loyang pembakar dan panggang ayam selama 30-40 minit sehingga ayam masak.
"SELAMAT MENCUBA"

BY RATUKU FABULOUS
MODEL CELEBRITY FITNESS

Comments

Popular posts from this blog

8 Cara Nak Tambah Berat Badan Dengan Cepat dan Berkesan Bagi Mereka Yang Terlalu Kurus

Ada orang tubuh dia slim-slim aje, nampak fit dan sedang-sedang sesedap mata memandang. Ada orang  badan tegap dan sado  (ini lelaki la terutamanya). Ada orang  tahap gempal atau gemuk gedempol  orang kata. Ada orang yang  terlajak gemuk atau disebut obesiti  yang serius. Tapi perasan tak ada orang yang badannya kurus kering. Makan macam orang biasa atau lebih ganas lagi, tapi bila timbang jarum tak berubah sesenggat pun dari sebelumnya. Kalau ikut mulut orang takde insuran, mesti diorang kata: Dia ni aku rasa ada membela ni. Jin apa la duduk dalam badan dia agaknya. Orang makan sepinggan dia makan dua pinggan. Tapi badan kurus kering je aku tengok. Ok, ini memang pelik sebab kebanyakkannya memang menjadi tanggapan biasa orang Melayu kita – mistik. Bukan tidak benar, cuma ia lebih kepada easy assumption atau pendapat mudah sahaja. Ye ke tidak? Kategori Individu Mengikut Berat Badan Semasa Setiap orang ada bacaan berat tubuh masing-masing. B...

4 hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira

4 hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira... yeay.... Ada tidak sesiapa dalam kalangan kita yang tidak pernah berasa stress? Saya pasti setiap individu pernah berasa stress disebabkan pelbagai perkara, Ini kerana semakin meningkat usia kita, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Jadi bebanan daripada tanggungjawab itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita stress. Tahukah anda, terdapat beberapa hormon yang boleh menghilangkan stress kita dan membuat kita gembira. Jom baca empat hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira. Endorphin Boleh membuat kita rasa gembira dan tenang. Endorphin juga mengurangkan rasa bimbang dan sensitiviti pada rasa sakit. Hormon ini dirembeskan sewaktu bersenam. Jadi banyakkan bersenam ketika kita stress! Phenylethamine Phenylethamine adalah hormon cinta. Hormon ini memberi kita rasa bahagia ketika peringkat awal percintaan. Koko ada hormon ini dan ia memberikan impak yang sama pada perasaan kita. Jadi jangan lupa m...

SENAMAN UNTUK JANTUNG ANDA

Adakah anda sangat berhati-hati tentang diri anda kerana setiap kali anda aktif, anda berasa tidak selesa? Sebenarnya, senaman sangat bagus untuk anda. Senaman untuk jantung yang sihat amat diperlukan oleh diri anda supaya dapat membantu anda  mencegah penyakit jantung . Menjadi aktif dengan senaman untuk jantung akan:- Menguatkan jantung Kurangkan tekanan darah Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat Mengurangkan tekanan Meningkatkan keyakinan diri Mendapat tidur dengan lebih baik Sebelum anda memulakan, tanya beberapa soalan kepada doktor anda:- Berapa banyak latihan yang boleh saya lakukan setiap hari? Berapa kerapkah saya boleh bersenam setiap minggu? Apakah jenis aktiviti yang harus saya cuba, dan apa yang harus saya elakkan? Sekiranya saya mengambil masa untuk mengambil ubat saya di sekitar jadual latihan saya? Sekiranya saya mengambil nadi semasa saya bersenam? Apakah kadar nadi yang patut saya matlamat? Adakah terdapat tanda-tanda amaran ...