Skip to main content

8 Cara Nak Tambah Berat Badan Dengan Cepat dan Berkesan Bagi Mereka Yang Terlalu Kurus

Ada orang tubuh dia slim-slim aje, nampak fit dan sedang-sedang sesedap mata memandang. Ada orang badan tegap dan sado (ini lelaki la terutamanya).
Ada orang tahap gempal atau gemuk gedempol orang kata. Ada orang yang terlajak gemuk atau disebut obesiti yang serius.
Tapi perasan tak ada orang yang badannya kurus kering. Makan macam orang biasa atau lebih ganas lagi, tapi bila timbang jarum tak berubah sesenggat pun dari sebelumnya.
Kalau ikut mulut orang takde insuran, mesti diorang kata:
Dia ni aku rasa ada membela ni. Jin apa la duduk dalam badan dia agaknya. Orang makan sepinggan dia makan dua pinggan. Tapi badan kurus kering je aku tengok.
Ok, ini memang pelik sebab kebanyakkannya memang menjadi tanggapan biasa orang Melayu kita – mistik. Bukan tidak benar, cuma ia lebih kepada easy assumption atau pendapat mudah sahaja. Ye ke tidak?

Kategori Individu Mengikut Berat Badan Semasa

Setiap orang ada bacaan berat tubuh masing-masing. Begitu juga dengan ketinggian.
Dalam bidang kesihatan, kedua-dua bacaan ini digunakan untuk menentukan indeks jisim tubuh atau BMI individu tersebut.
Anda dikira kurang berat badan (underweight) jika BMI = < 19
Anda dikira normal (BMI Normal) jika BMI = 19 – 25
Anda dikira berlebihan berat badan (overweight) jika BMI = 25 – 30
Anda dikira tahap obes (obesity) jika BMI = > 30

Macamana Ada Orang Boleh Jadi Terlalu Kurus

Ramai pakar kesihatan mengatakan bahawa, ada sesetengah individu yang didapati terlalu kurus walaupun tabiat pemakannya seperti orang biasa.
Rata-ratanya mengatakan ia disebabkan oleh faktor gen (bukan jin).
Kajian menunjukkan, orang yang mempunyai salinan tambahan gen tertentu lebih cenderung untuk menjadi sangat kurus. 1 dalam 2000 orang,  Sebahagian daripada kromosom-16 akan berduplikasi, menjadikan lelaki 23 kali ganda dan wanita 5 kali ganda lebih cenderung untuk mengalami masalah kurang berat badan.
Sesetangah yang lainnya pula mengatakan pola kurang berat badan ini dikaitkan dengan masalah kesihatan tertentu. Antaranya:
  • Simptom Kwashiorkor : Masalah kekurangan zat makanan
  • Obses kepada diet : Terlalu mengawal diet pemakanan sehingga memberi kesan buruk seperti hilang selera makan, kemurungan, masalah usus & perut, edema dan pertumbuhan terjejas.
  • Anorexia Nervosa : Sindrom penyakit tidak mahu makan kerana takut gemuk. Sanggup menahan makan kerana berfantasi masih tidak lagi cukup kurus walaupun dah terlalu kurus. Ini dikategorikan sebagai masalah mental.
  • Penyakit Kronik: Penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kanser, tuberkulosis, HIV/AIDS dan sebagainya menghalang diet biasa pemakanan. Banyak pantang larang pemakanan perlu diikuti supaya tidak memburukkan lagi kondisi penyakit.
  • Pertumbuhan Terbantut (Fail To Thrive – FTT) : Terjadi pada fasa pertumbuhan awal kanak-kanak. Mereka dikatakan gagal untuk mencapai berat badan seperti yang dijangkakan sepatutnya pada usia tertentu atau kadar pertambahan ketinggian yang lemah..
  • Pyloric Stenosis :  Terjadi kepada bayi kecil dimana bukaan perut ke usus yang terlalu sempit sehingga menyekat perjalanan makanan ke usus kecil.

Adakah Terlalu Kurus Itu Satu Masalah?

Secara umumnya di Malaysia, perkadaran orang yang berlebihan berat badan adalah lebih signifikan berbanding orang yang kekurangan berat badan atau terlalu kurus.
Buktinya boleh dilihat secara mudah hanya disekeliling kita sama ada dalam kalangan keluarga atau kumpulan rakan-rakan kita sendiri.
Namun, adakah ia suatu petanda masalah?
Terlalu kurus tidak menjadi suatu masalah jika anda tidak mengalami apa-apa tanda masalah kesihatan tententu. Anda hanya perlu menikmatinya memandangkan ramai yang lain pula sangat mengidam-idamkannya.
Anda juga tidak bermasalah untuk terlalu kurus jika anda bukan seorang perokok. Merokok adalah satu cara yang salah untuk kurus.
Namun, adalah lebih baik untuk kita cuba untuk mencapai berat badan ideal atau tahap BMI Normal. Itu lebih penting.
Kerana ia lebih menunjukkan yang kita sihat dan fit dari segi bacaan-bacaan kesihatan seperti kolesterol, tekanan darah, bacaan gula dan lain- lainnya.
Ia juga membawa petunjuk risiko yang lebih minimum untuk kita menghadapi pelbagai masalah kesihatan kronik yang banyak terjadi di masa sekarang.

Tips Tambah Berat Badan yang Anda Patut Cuba

Ok, kita tolak dua penyebab masalah kurang berat badan yang melibatkan kanak-kanak dan orang berpenyakit kronik. Kita fokus kepada orang dewasa yang normal sahaja.
Untuk kanak-kanak boleh rujuk artikel ini untuk mengatasi masalah kekurangan berat badan. Bagi yang berpenyakit kronik (biasanya dalam kawalan doktor di hospital), ikuti pemantauan dan nasihat doktor adalah lebih baik.
Ini Khas untuk orang yang ada masalah terlalu kurus atau kurang berat badan; dan berhasrat ingin menambah berat badan.
Ini tips-tips yang sesuai untuk anda boleh cuba dan amalkan:

#1 : Ambil Lebih Kalori Berbanding Biasa 

Pengambilan kalori biasa anda sebelum ini habis hanya untuk aktiviti biasa pembakaran kalori dalam tubuh. Anda tidak sempat untuk menyimpan tenaga lebihan sebagai lemak dan membina otot.
Jadi, tambahkan sedikit jumlah keperluan kalori dalam pemakanan seharian anda. Ia adalah kaedah Calorie Surplus (kalori masuk > kalori keluar). Kalori masuk ialah jumlah kalori daripada sumber diet yang anda makan. Kalori keluar ialah kalori yang dibakar dalam tubuh.
Berapa banyak kalori kita guna setiap hari? Kira anggaran penggunaan kalori dengan Kalkulator Kalori Online ini.
Katakan kalori yang anda gunakan setiap hari ialah 3000.
Jika ingin tambah berat badan secara sederhana, boleh tambah 300 hingga 500 kalori daripada jumlah tersebut. Jika nak lebih cepat,boleh tambah dalam julat 700 hingga 1000 kalori.
Tapi harus di ingat, pengambilan kalori perlu sesuai dengan aktiviti. Senaman adalah menjadi keperluan untuk menjayakan misi ini dengan sihat.
Kita seharusnya membina lebih otot berbanding lemak jika tidak mahu terjerumus dalam kategori orang berlebihan berat badan.

#2 : Ambil Lebih Protein

Salah satu cara untuk tambah berat badan dengan sihat ialah dengan ambil lebih protein.
Protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tisu dan otot. Tetapi, tanpa tambahan pengambilan kalori #1 di atas, ia mungkin berakhir dengan menjadi stok lemak berlebihan di dalam tubuh.
RDA (Recommended Dietary Allowance) mencadangkan pengambilan protein bagi individu biasa ialah sebanyak 0.8 gram bagi setiap kilogram berat tubuh.
Untuk anda yang terlebih kurus, cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contoh berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk menambah berat badan.
Sumber tinggi-protein boleh diambil daripada daging, ikan, produk tenusu, kekacang, soya dan macam-macam lagi. Boleh juga diambil daripada suplemen protein terbaik.

#3 – Jangan Skip Waktu Makan

Misi tambah berat badan tidak sama dengan misi turunkan berat badan.
Jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat diperlukan. Juga jangan skip waktu makan.
Lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein – karbohidrat – lemak dalam diet harian. Ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan yang menyihatkan jika perlu.

#4 – Pilih Makanan Yang Padat Dengan Tenaga Tetapi bukan Junk Food

Mengambil makanan yang padat dengan tenaga (energy dense food) atau kalori dalam satu hidangan amat penting dalam misi tambah berat badan.
Masalah ini biasanya tidak lari dengan pilihan pelbagai makanan segera (junk food) yang tidak cukup kalori dan tidak menyihatkan.
Buang option pilihan ini, ambil snek yang lebih sihat seperti:
  • Buah-buahan kering : Kurma, buah tin kering, kismis, buah prun dan sebagainya.
  • Kekacang : Kacang badam, walnut, kacang cerdik (pistacio), kacang gajus dan sebagainya.
  • Produk Tenusu : Susu segar, yogurt, keju dan sebagainya
  • Bijirin : Roti whole grain, biskut bijirin, oat, beras perang dan sebagainya
  • Ubi keledek: Keledek putih, keledek merah, ubi kentang dan keladi
  • Minyak & Lemak: Minyak zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak avocado.

#5 : Makan Sedikit Tetapi Kerap

Anda mungkin mengalami masalah kurang selera makan atau kerap terlupa waktu makan.
Untuk atasi masalah ini, anda boleh mengambil portion makanan yang sedikit tetapi kerap. Bawa makanan bersama anda jika perlu.
Elakkan junk food, tapi pilih makanan yang lebih sihat, kaya dengan protein, padat dengan tenaga dan cukup nutrisi.

#6 :  Kerap Amalkan Senaman

Senaman dapat membantu membakar kalori untuk pembentukan otot. Lakukannya sebagai rutin 4 – 5 kali seminggu.
Kita tidak mahu kumpul lemak-lemak berlebihan di dalam tubuh, tapi kita mahu tubuh kita fit dengan otot semasa proses menambah berat badan.
Selepas bersenam, ambil semula kalori tambahan seperti dalam tips #1 untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Begitulah seterusnya untuk menambah berat badan secara sihat.

#7 : Ikut Panduan Piramid Makanan

Makan dengan portion dan cara yang betul. Piramid makanan dapat membantu perkara ini.
Kurangkan pengambilan gula, lemak dan minyak dalam makanan. Tumpukan kepada sumber kalori, protein, vitamin dan karbohidrat sihat.
Ingat! kita ingin tambah berat badan yang terlalu kurus itu dengan cara yang sihat, kan? Kalau boleh, amalkan diet #sukusukuseparuh.

#8 : Ambil Vitamin & Suplemen Tambahan

Vitamin dan suplemen adalah salah satu cara untuk menaikkan berat badan secara cepat dan berkesan.
Ia dapat membantu memenuhi lompong-lompong nutrisi yang tertinggal akibat masalah yang dialami akibat kekurangan berat badan.
Namun, masalah kurang selera makan sering menggagalkan misi ini. Sukar untuk mendapatkan jumlah kalori tambahan yang sangat diperlukan.
Nak tahu vitamin & suplemen yang sesuai untuk naikkan berat badan? Ikuti penerangan selanjutnya.

BY RATUKU FABULOUS

MODEL CELEBRITY FITNESS

Comments

Popular posts from this blog

tips membuat air lemon

TIPS MENYEDIAKAN AIR PERAHAN LEMON . Air lemon adalah antara minuman popular untuk org yg berdiet kerana banyak manfaat, antaranya [✔️] berkalori rendah, dpt control kalori berlebihan masuk dlm badan untuk pengurusan berat badan [✔️] rasa lebih enak dan segar berbanding air kosong [✔️] memberi vitamin C untuk kulit yang cantik [✔️] natural flush- mudahkan penyingkiran bahan buangan dari badan . Namun, ramai orang membuat kesilapan dalam penyediaan air perahan lemon.. [❌] memasukkan kulit lemon ke dalam air [❌] menambah gula ke dalam air lemon [❌] menambah terlalu banyak madu ke dalam air lemon . Sekumpulan penyelidik  telah mendapati kulit lemon mengandungi bakteria buruk yang boleh memudaratkan kesihatan. Lebih baik hanya perah air lemon ke dalam air dan buang kulitnya. . Jika anda menambah gula ke dalam air lemon anda, memanglah sedap, tapi ia akan meningkatkan kandungan kalori dalam air lemon anda dan melambatkan penurunan berat badan anda . Seseteng...

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan Penulis   Tuti Ratna Banyak orang menganggap diet rendah karbohidrat adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan dan mencapai tubuh yang ideal. Lebih jauh, mereka beranggapan bahwa protein hanya sumber kalori dan lemak, kata dr. Laura J. Kruskall, direktur ilmu gizi di University of Nevada. Tapi, tahukah Anda protein dapat membakar kalori lebih banyak dibandingkan sayuran dan buah-buahan? Protein tidak sama dengan makanan yang lain. Sumber protein utama seperti ikan, daging, susu, dan kacang-kacangan memang tidak diproses oleh tubuh secepat sumber karbohidrat, sayuran dan buah-buahan. Jika ada beberapa sumber protein yang cepat dicerna oleh tubuh, biasanya makanan yang digoreng dan tidak sehat. Sebuah penelitian di John Hopkins Unervisity menunjukkan hasil yang mencengangkan. 60% kalori yang hilang, 10–15% dari yang direkomendasikan,– berasal dari sumber protein tanpa lemak yang dapat men...

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu!

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu! Ini bukan tipu ya! Resepi ini sangat popular di barat dan ramai yang mengatakan keberkesanannya. Kebanyakkan mereka membuat sup ini apabila masuk musim panas bagi persediaan untuk memakai bikini/baju mandi. Tidak semua orang rajin dan ada banyak masa untuk bersenam. Jadi, mereka 'tipu' badan mereka untuk turun berat badan dengan resepi sup ini. Secara asasnya sup ini adalah sup sayur dan menurut program  Weight Watcher , sup ini terletak pada poin '0' yang bermakna sup ini memiliki kalori yang sangat rendah. Anda siap boleh makan  sandwich  lagi dengan sup ini! Gantikan makanan tengah hari dan makan malam anda dengan sup ini selama seminggu dan perhatikan tubuh anda hilang hampir 4kg~ Tunggu apa lagi? Mari lihat resepi untuk sup ajaib ini. Bahan-bahan: 3 cawan stok daging ATAU stok sayur ATAU stok ayam (pilihan terbaik adalah stok daging) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 sudu besar pes tom...