Skip to main content

RATUKU FABULASH ~INFO MENARIK, KECANTIKAN, TIPS - KECANTIKAN

Ini 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Buat Eyelash Extensions


Disebalik mempunyai mata yang galak, bulu mata yang lebat dan panjang adalah rahsia utama. Tapi tidak semua orang memilikinya secara semulajadi, jadi maskara dan bulu mata palsu menjadi senjata untuk anda yang tidak berapa bernasib baik.

Namun siapalah yang rajin setiap hari, setiap pagi mahu bersiap hendak menampal bulu mata palsu atau menahan sabar mendapatkan bentuk bulu mata idaman dengan menggunakan maskara. Seiring dengan teknologi moden, dunia kecantikan kini tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kecanggihan dalam memberi ilusi kecantikan palsu.

Eyelash extensions (sambungan bulu mata) telah mendapat banyak perhatian tidak kira dari orang awam sehinggalah ke para selebriti. Tapi masih belum ramai lagi yang tahu info atau perkara sebenar mengenai kaedah eyelash extensions. Adakah ia sama seperti bulu mata palsu? Selamat atau tidak? 
Sebelum anda berkira-kira hendak mendapatkan teknik eyelash extensions, apa kata baca dahulu info yang perlu anda tahu. Ratuku tidak mahu anda tersilap langkah pula! 
#1 Jenis, saiz dan bentuk bulu mata palsu? 
Terdapat pelbagai 3 jenis material bulu mata iaitu sintetik, sutera dan mink. Panjang bulu mata pula diantara 6mm hingga 17mm, kalau anda bulu dramatik ala Kim K boleh lah pilih yang panjang-panjang. Terdapat banyak jenis stail dan bentuk bulu mata, jadi pilih yang bersesuaian anda, dapatkan nasihat dari pakar. Untuk kelihatan semulajadi pilih bulu mata berbentuk “J”, manakala “C” untuk kesan dramatik. Tidakpun anda boleh tambah kedua-dua bentuk tersebut, contoh, “J” di hujung ekor mata dan “C” di garisan mata. 
2 Boleh pakai dengan makeup atau tidak? 
Boleh, boleh dan boleh. Tidak menjadi masalah untuk memakai solekan pada bulu mata palsu tersebut. Tapi hati-hati dengan bahan solekan dari cecair seperti liquid eyeliner dan untuk cecair makeup remover anda kena pilih dari bahan bebas minyak (oil-free). Paling penting, jauhkan dari maskara kerana ia akan merosakkan lagi bulu mata anda. 
#3 Berapa lama ia bertahan?
Jika anda pandai jaga, ia boleh bertahan sehingga setahun! Biasanya, juru kecantikan akan menasihati anda untuk datang setiap 2 – 3 minggu bagi touch-up kembali bulu mata. Nasihat Ratuku, hati-hati dengan air dan jangan guna produk mengandungi minyak dikawasan mata. 
#4 Kesan sampingan selepas proses sambungan? 
Proses pemasangan bulu mata mengambil masa 1 – 2 jam dan selepas itu jujurnya anda mungkin rasa tidak selesa. Bayangkan selama 24 – 48 jam mata anda tidak boleh terkena air dan kena kawal cara baring ketika tidur. Dengar macam pelik sahaja kan? Ya, anda kena elak dari tidur terlengkup supaya bulu mata tidak ‘tercedera’. Penjagaan bulu mata ini sangat tinggi! 
#5 Bila ia akan tanggal?
Jangan memandai menanggalkannya sendiri, anda dinasihatkan untuk mendapatkannya di pusat kecantikan. Namun anda boleh membuatnya tanpa mengeluarkan kos dengan membiarkan ia tertanggal sendiri. Ingat, bulu mata tambahan anda ini dapat bertahan selama setahun. 

Comments

Popular posts from this blog

tips membuat air lemon

TIPS MENYEDIAKAN AIR PERAHAN LEMON . Air lemon adalah antara minuman popular untuk org yg berdiet kerana banyak manfaat, antaranya [✔️] berkalori rendah, dpt control kalori berlebihan masuk dlm badan untuk pengurusan berat badan [✔️] rasa lebih enak dan segar berbanding air kosong [✔️] memberi vitamin C untuk kulit yang cantik [✔️] natural flush- mudahkan penyingkiran bahan buangan dari badan . Namun, ramai orang membuat kesilapan dalam penyediaan air perahan lemon.. [❌] memasukkan kulit lemon ke dalam air [❌] menambah gula ke dalam air lemon [❌] menambah terlalu banyak madu ke dalam air lemon . Sekumpulan penyelidik  telah mendapati kulit lemon mengandungi bakteria buruk yang boleh memudaratkan kesihatan. Lebih baik hanya perah air lemon ke dalam air dan buang kulitnya. . Jika anda menambah gula ke dalam air lemon anda, memanglah sedap, tapi ia akan meningkatkan kandungan kalori dalam air lemon anda dan melambatkan penurunan berat badan anda . Seseteng...

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan

Diet Tinggi Protein Efektif untuk Menurunkan Berat Badan Penulis   Tuti Ratna Banyak orang menganggap diet rendah karbohidrat adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan dan mencapai tubuh yang ideal. Lebih jauh, mereka beranggapan bahwa protein hanya sumber kalori dan lemak, kata dr. Laura J. Kruskall, direktur ilmu gizi di University of Nevada. Tapi, tahukah Anda protein dapat membakar kalori lebih banyak dibandingkan sayuran dan buah-buahan? Protein tidak sama dengan makanan yang lain. Sumber protein utama seperti ikan, daging, susu, dan kacang-kacangan memang tidak diproses oleh tubuh secepat sumber karbohidrat, sayuran dan buah-buahan. Jika ada beberapa sumber protein yang cepat dicerna oleh tubuh, biasanya makanan yang digoreng dan tidak sehat. Sebuah penelitian di John Hopkins Unervisity menunjukkan hasil yang mencengangkan. 60% kalori yang hilang, 10–15% dari yang direkomendasikan,– berasal dari sumber protein tanpa lemak yang dapat men...

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu!

Sup Ajaib Untuk Anda Yang Mahu Hilang 4 KG Dalam Masa Seminggu! Ini bukan tipu ya! Resepi ini sangat popular di barat dan ramai yang mengatakan keberkesanannya. Kebanyakkan mereka membuat sup ini apabila masuk musim panas bagi persediaan untuk memakai bikini/baju mandi. Tidak semua orang rajin dan ada banyak masa untuk bersenam. Jadi, mereka 'tipu' badan mereka untuk turun berat badan dengan resepi sup ini. Secara asasnya sup ini adalah sup sayur dan menurut program  Weight Watcher , sup ini terletak pada poin '0' yang bermakna sup ini memiliki kalori yang sangat rendah. Anda siap boleh makan  sandwich  lagi dengan sup ini! Gantikan makanan tengah hari dan makan malam anda dengan sup ini selama seminggu dan perhatikan tubuh anda hilang hampir 4kg~ Tunggu apa lagi? Mari lihat resepi untuk sup ajaib ini. Bahan-bahan: 3 cawan stok daging ATAU stok sayur ATAU stok ayam (pilihan terbaik adalah stok daging) 2 ulas bawang putih (cincang) 1 sudu besar pes tom...